Monday, February 20, 2012

keLuHan riNdu daRi keJauHan~ ^^

kamu…
Terlebih dahulu inginku mengucapkan terima kasih kerana telah menyedarkan aku tentang erti menjadi pencinta yang setia seperti dirimu suatu ketika dulu. Suatu masa dulu aku kau sayang, tak pernah kau marahi diriku ini, kau mampu terimaku sebagai teman yang sungguh istimewa di hatimu.
kamu…
Adakah kau masih mengingati peristiwa di mana saat pertama perkenalan kita? Masing-masing menghulurkan salam perkenalan sehingga mekar perasaan sayang di hati kita. Ketika itu ramai yang menjadi pemerhati dan ingin mendekatiku, tetapi entah mengapa berpihak pada dirimu. Aku tahu sikapmu yang suka mengusik apatah lagi perempuan-perempuan itu suka didekati olehmu. Aku cuba untuk memahami namun akhirnya perasaan cemburu di hati tidak mampu untuk kubendung lagi. Kerana sayang mula mekar di jiwa, aku mengambil keputusan untuk berutus surat kepada insan yang meminatimu. Namun sayang, surat itu tidak pun sampai ke tangannya kerana guru kita sendiri telah merampasnya daripada tanganku. Dari saat itu hubungan kita mula diketahui umum. Namun kau masih berada di sisiku pada ketika itu. Terima kasih kamu…!
kamu…
Aku mula didekati oleh sahabatmu sendiri. Dengan niat di hatiku untuk cemburukanmu, maka aku tidak menolak salam perkenalan darinya. Tapi percayalah niatku Cuma inginkan agar kau lebih mengerti apa itu cemburu. Perkenalan kami digembar-gemburkan sehingga kau sendiri menganggapku mempermainkan perasaanmu ketika itu. Tidak mi! tidak sekali aku berniat begitu. Kau terlalu mudah untuk mendengar dan mempercayainya daripada mulut orang lain daripada mendengar penjelasan diriku sendiri. Kau sendiri sedar banyak pihak yang mahukan perpisahan terjadi antara kita. Namun kau seperti mahu membalas perbuatanku, lalu kau mendekati teman baruku. Memang kalian ketika itu hanya teman biasa, tetapi cara kalian…telah menjadikan aku membuat penilaian yang salah. Adakah kau tahu aku benar-benar tertekan pada masa itu?
kamu…
Aku tahu banyak yang tidak menyenangi hubungan antara kita. Namun kita tetap berdegil mahu mempertahankannya. Masuk tahun kedua percintaan kita, tiada siapa yang mahu mengungkapkan kata maaf dan ternyata kita punya ego yang tinggi dan kerana ego itulah kau mengambil keputusan untuk mendekati ex-gf kau. Aku tidak akan bermain cinta di hadapan matamu. Aku cuba kuatkan semangat untuk mengukir senyuman pada kalian namun, jauh di sudut hati ini, aku benar-benar rasa kecewa. Dapat kulihat riak wajahmu menggambarkan erti penyesalan. Adakah kau masih ingat segalanya mi? sehingga ke hari ini 18hb aku masih menganggapmu kekasihku namun ia kusimpan jauh di sudut hati. Kau salah mentafsir perkenalanku dengan insan lain. Bagimu aku mahukan semuanya. Kau silap mi! namun aku masih puji sikapmu yang masih mengambil berat tentang soal pembelajaranku walaupun ketika itu hubungan di antara kita semakin jauh. Kau bertanyakan pada sahabat kita tantang rutin harianku, soal pembelajaranku juga tentang kesudahan perhubungan kita. Kau juga masih mengharapkan agar hubungan kita tidak akan terputus di tengah jalan. Tetapi mengapa tidak kau luahkannya kepadaku sendiri? Mungkin ketika hubungan kita masih mampu diselamatkan. Tapi, apakan daya semua itu sudah terlambat dan sekarang ada insan lain yang hadir dalam hidupku setelah cintaku bersamamu dahulu putus di tengah jalan. Dia adalah insan kedua yang kusayangi selepas dirimu. Dia begitu menghormatiku dan juga sudah banyak berkorban di dalam hubungan kami. Mungkin tuhan mendengar keluhan rasa hatiku selepas ketiadaan dirimu.
kamu…
Gambar, hadiah juga kenangan kita yang pernah kau berikan suatu ketika dulu masih kusimpan hingga kini. Aku menyayanginya seperti mana aku masih menyayangimu hingga kini. Walaupun kini ada insane lain hadir dalam hidupku, perasaan sayang dan rindu untuk bertemu denganmu apatah lagi untuk berbicara banyak perkara bersama. Kita pernah bertemu, tetapi di dalam pertemuan yang terlalu singkat sehingga aku seniri tidak berpeluang untuk bertanyakan tentang kehidupanmu kini. Kita hanya bermain pandang kerana ketika itu kau bersama teman-temanmu yang terlalu asing padaku dan aku sendiri beriringan dengan rakan-rakanku. Coretan ini kutujukan khas buatmu bukanlah mahukan seberapa banyak simpati darimu, tetapi aku mahu agar kau mengerti tentag perasaanku yang sebenar terhadapmu juga terhadap hubungan kita dari dulu hingga kini. Kita sudah matang untuk membuat sesuatu penilaian dan harapanku agar selamanya kau tidak menyalahkan diri ini dan tidak menganggap aku sengaja mahukan perpisahan di antara kita terjadi sedikit waktu dulu. Doaku semoga kau bahagia menjalani rutin harianmu dan semoga kau berjaya dalam hidup. ^^

No comments:

Post a Comment