kamu…
Terlebih
dahulu inginku mengucapkan terima kasih kerana telah menyedarkan aku tentang
erti menjadi pencinta yang setia seperti dirimu suatu ketika dulu. Suatu masa
dulu aku kau sayang, tak pernah kau marahi diriku ini, kau mampu terimaku
sebagai teman yang sungguh istimewa di hatimu.
kamu…
Adakah
kau masih mengingati peristiwa di mana saat pertama perkenalan kita?
Masing-masing menghulurkan salam perkenalan sehingga mekar perasaan sayang di
hati kita. Ketika itu ramai yang menjadi pemerhati dan ingin mendekatiku,
tetapi entah mengapa berpihak pada dirimu. Aku tahu sikapmu yang suka mengusik
apatah lagi perempuan-perempuan itu suka didekati olehmu. Aku cuba untuk memahami
namun akhirnya perasaan cemburu di hati tidak mampu untuk kubendung lagi.
Kerana sayang mula mekar di jiwa, aku mengambil keputusan untuk berutus surat
kepada insan yang meminatimu. Namun sayang, surat itu tidak pun sampai ke
tangannya kerana guru kita sendiri telah merampasnya daripada tanganku. Dari
saat itu hubungan kita mula diketahui umum. Namun kau masih berada di sisiku
pada ketika itu. Terima kasih kamu…!
kamu…
Aku
mula didekati oleh sahabatmu sendiri. Dengan niat di hatiku untuk cemburukanmu,
maka aku tidak menolak salam perkenalan darinya. Tapi percayalah niatku Cuma
inginkan agar kau lebih mengerti apa itu cemburu. Perkenalan kami
digembar-gemburkan sehingga kau sendiri menganggapku mempermainkan perasaanmu
ketika itu. Tidak mi! tidak sekali aku berniat begitu. Kau terlalu mudah untuk
mendengar dan mempercayainya daripada mulut orang lain daripada mendengar
penjelasan diriku sendiri. Kau sendiri sedar banyak pihak yang mahukan
perpisahan terjadi antara kita. Namun kau seperti mahu membalas perbuatanku,
lalu kau mendekati teman baruku. Memang kalian ketika itu hanya teman biasa,
tetapi cara kalian…telah menjadikan aku membuat penilaian yang salah. Adakah
kau tahu aku benar-benar tertekan pada masa itu?
kamu…
Aku
tahu banyak yang tidak menyenangi hubungan antara kita. Namun kita tetap
berdegil mahu mempertahankannya. Masuk tahun kedua percintaan kita, tiada siapa
yang mahu mengungkapkan kata maaf dan ternyata kita punya ego yang tinggi dan
kerana ego itulah kau mengambil keputusan untuk mendekati ex-gf kau. Aku tidak
akan bermain cinta di hadapan matamu. Aku cuba kuatkan semangat untuk mengukir
senyuman pada kalian namun, jauh di sudut hati ini, aku benar-benar rasa
kecewa. Dapat kulihat riak wajahmu menggambarkan erti penyesalan. Adakah kau
masih ingat segalanya mi? sehingga ke hari ini 18hb aku masih menganggapmu
kekasihku namun ia kusimpan jauh di sudut hati. Kau salah mentafsir
perkenalanku dengan insan lain. Bagimu aku mahukan semuanya. Kau silap mi!
namun aku masih puji sikapmu yang masih mengambil berat tentang soal
pembelajaranku walaupun ketika itu hubungan di antara kita semakin jauh. Kau
bertanyakan pada sahabat kita tantang rutin harianku, soal pembelajaranku juga
tentang kesudahan perhubungan kita. Kau juga masih mengharapkan agar hubungan
kita tidak akan terputus di tengah jalan. Tetapi mengapa tidak kau luahkannya
kepadaku sendiri? Mungkin ketika hubungan kita masih mampu diselamatkan. Tapi,
apakan daya semua itu sudah terlambat dan sekarang ada insan lain yang hadir
dalam hidupku setelah cintaku bersamamu dahulu putus di tengah jalan. Dia
adalah insan kedua yang kusayangi selepas dirimu. Dia begitu menghormatiku dan
juga sudah banyak berkorban di dalam hubungan kami. Mungkin tuhan mendengar
keluhan rasa hatiku selepas ketiadaan dirimu.
kamu…
Gambar, hadiah juga kenangan kita yang pernah
kau berikan suatu ketika dulu masih kusimpan hingga kini. Aku menyayanginya
seperti mana aku masih menyayangimu hingga kini. Walaupun kini ada insane lain
hadir dalam hidupku, perasaan sayang dan rindu untuk bertemu denganmu apatah
lagi untuk berbicara banyak perkara bersama. Kita pernah bertemu, tetapi di
dalam pertemuan yang terlalu singkat sehingga aku seniri tidak berpeluang untuk
bertanyakan tentang kehidupanmu kini. Kita hanya bermain pandang kerana ketika
itu kau bersama teman-temanmu yang terlalu asing padaku dan aku sendiri
beriringan dengan rakan-rakanku. Coretan ini kutujukan khas buatmu bukanlah
mahukan seberapa banyak simpati darimu, tetapi aku mahu agar kau mengerti
tentag perasaanku yang sebenar terhadapmu juga terhadap hubungan kita dari dulu
hingga kini. Kita sudah matang untuk membuat sesuatu penilaian dan harapanku
agar selamanya kau tidak menyalahkan diri ini dan tidak menganggap aku sengaja
mahukan perpisahan di antara kita terjadi sedikit waktu dulu. Doaku semoga kau
bahagia menjalani rutin harianmu dan semoga kau berjaya dalam hidup. ^^